Selasa, 13 Desember 2011

KAEDAH PULANG SIHIR YASIN 7 MUBIN

Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada penghabisan,anda boleh mengamalkan ilmu ini dengan niat memberi pengajaran supaya penyihir/tukang upah insaf dan berhenti dari melakukan kerja-kerja kutuk mereka itu.

Kaedahnya adalah anda perlu melakukan solat sunat taubat 2 rakaat terlebih dahulu kemudian solat sunat hajat 2 rakaat pada waktu tengah malam.Setelah selesai,baca surah yasin hingga terjumpa perkataan MUBIN yang pertama,berdoa "minta dipulangkan sihir kepada penyihir",kemudian ulang lagi dari awal membaca surah yasin hingga jumpa perkataan MUBIN kedua,beroda macam tadi dan ulang semula membaca dari awal yasin,lakukan semua langkah tadi hingga jumpa perkataan MUBIN yang ketujuh lalu berdoa lagi "minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran" kemudian teruskan membaca baki surah yasin tadi hangga selesai.Selepas itu anda tidur dan membaca al kautsar 10x dengan niat minta petunjuk mimpi.InsyaAllah berhasil....

YASIN AYT 12=MUBIN PERTAMA
YASIN AYT 17=MUBIN KEDUA
YASIN AYT 24=MUBIN KETIGA
YASIN AYT 47=MUBIN KEEMPAT
YASIN AYT 60=MUBIN KELIMA
YASIN AYT 69=MUBIN KEENAM
YASIN AYT 77=MUBIN KETUJUH




Photobucket

AYAT RAWATAN UNTUK TERKEHEL/PATAH/PENYAKIT TULANG

Sila baca ayat dibawah dan hembus kepada sebotol miyak serai wangi,kemudian urut sejam tempat yang cedera/patah...InsyaALLAH mujarab....

AL FATEHAH 1X
ISRA 82 3X
SELAWAT SYIFA 3X
YASIN 78-79 7X
YASIN 82 3X


YASIN 78-79
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً۬ وَنَسِىَ خَلۡقَهُ ۥ‌ۖ قَالَ مَن يُحۡىِ ٱلۡعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ۬ (٧٨) قُلۡ يُحۡيِيہَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ (٧٩)
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (78) Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya(79)


Photobucket

TEKNIK URUT SATU BADAN (POSISI TELENTANG)

Urutan dimulakan dibahagian perut dan kemudian ker bahagian dada dan urat susu.Kemudian urutan dilakukan pada bahu hingga pergelangan tangan dan kehujung jari dengan menggunakan tapak tangan.Urutan dilakukan dari atas ke bawah.Pastu urut tapak kaki perlahan-lahan dengan menggunakan ibu jari.Urutan diteruskan pada point jantung betis dan kawasan paha.


Photobucket

TEKNIK URUTAN SATU BADAN (POSISI TIARAP)

Urutan dimulai bahagian pinggang,iaitu dengan cara menekan bahagian ini dengan ibu hujung jari perlahan-lahan,sekurang-kurangnya 3 kali dan seeloknya 7 kali.Kemudian urut bahagian urat belikat,urat hujung tali kipas,bahagian tulang kipas,leher kiri dan kedua-dua belah bahu.Selepas itu urutan diteruskan pada tangan kiri dan kanan hingga kehujung jari.Akhir sekali lakukan urutan pada kaki kanan dan kiri,bermula dari celah-celah jari kaki,betis dan paha.


Photobucket

TEKNIK URUTAN SATU BADAN (POSISI DUDUK MELUNJUR)

Urutan dimulai pada bahagian bahu,urat2 leher,bawah cuping telinga dan urat2 tengkuk.Selepas itu urutan dilakukan pada dahi dan kepala bagi melancarkan perjalanan darah keotak.Akhir sekali letak tuala pada seluruh bahagian belakang pesakit dan tepuk seluruh bahagian belakang selama 5 minit.


Photobucket

TEKNIK MENGURUT UNTUK SAKIT KEPALA

Urutan dilakukan pada bahagian belikat,iaitu urat darah yang menghubungkan jantung dengan otak.Kemudian urut pada bahagian atas bahu kiri dan kanan serta tengkuk kiri dan kanan.Akhir sekali urutan dilakukan pada bahagian bawah cuping telinga secara perlahan-lahan.

ARAH URUTAN SEHALA BAGI SESETENGAH POINT BADAN

Bagi point urat ari-ari dan labu betis (kaki) arah urutan hanya SEHALA.Disini ia amat penting bagi mengelakkan kesan komplikasi pada pesakit..Bagi point ari-ari,jika dilakukan dengan arah dari atas ke bawah,ia akan menyebabkan nafsu lelaki/wanita akan menurun,oleh itu ia perlu dilakukan dari bawah keatas SAHAJA.Bagi point labu betis,urutan dilakukan dari arah atas ke bawah SAHAJA,jika dilakukan sebaliknya,ia akan menyebabkan urat2 perut menjadi tegang.



PUNCA PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1)Penyakit ini boleh berlaku akibat kerosakan urat saraf dan otot pada zakar dan urat saraf yang berkaitan dengannya,akibat kemalangan jalan raya atau disebabkan terjatuh dari tempat yang tinggi,akibat kelumpuhan yang menyebabkan saraf tidak berfungsi,tekanan jiwa (stress) yang berpanjangan dimana tekanan tersebut sukar dikawal.

2)Kerap melakukan onani (masturbation),iaitu mengeluarkan mani secara paksa dengan tangan.

3)Kekerapan melakukan jimak dalam masa yang singkat juga mungkin menjadi punca lemah syahwat.

4)Amalan membasuh kemaluan sebaik sahaja melakukan jimak juga boleh melemahkan urat saraf pada zakar.

5)Buatan orang,seperti sihir atau berpunca daripada sebarang gangguan makhluk halus.


SIMPTOM PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN

1)Alat kelamin kurang berfungsi,diibaratkan hidup segam mati tak mau.Bertindak garang bila berjauhan,tetapi lemah bila berdekatan.

2)Kurang bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin.Jika melakukan persetubuhan,pendayung kuat diperingkat permulaan,tetapi patah sebelum sampai kekemuncaknya.

3)Cepat keluar mani ketika melakukan persetubuhan.


TEKNIK RAWATAN PENYAKIT LEMAH TENAGA BATIN


1)Melalui kaedah urutan,memulihkan urat saraf supaya darah berjalan dengan baik ke bahagian zakar.

2)Melalui kaedah meRUQYAH,pesakit akan dibacakan ayat-ayat al quran bagi membuang unsur2 negatif/gangguan makhluk halus dari badan.

3)Melalui pemakanan,disini pesakit dilarang mengambil minuman berais,pesakit digalakkan meminum madu dan kapsul tongkat ali setiap hari bagi melancarkan perjalanan darah dan menambahkan hormon testosteron.

4)Melalui senaman,pesakit digalakkan melakukan senaman tenaga batin (spt rajah dibawah)10minit setiap hari.Ini penting bagi memulihkan urat-urat yang tercedera dan melancarkan sistem saraf batin amnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar